Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Tanda Awal Anda Hamil!

pregnant morning sickness
Sebagaimana yang telah saya maklumkan dalam entry Sihat dan Aktif Ketika Hamil, saya kini hamil hampir 5 bulan. Ada beberapa orang rakan yang bertanya bagaimana saya tahu saya hamil di awal kehamilan dulu. Jadi, di sini saya kongsikan beberapa tanda awal kehamilan. Setiap orang mungkin mengalami tanda yang berbeza, ada yang tidak mengalaminya langsung kecuali kelewatan haid. Saya ada mengalami beberapa tanda di bawah.

Ini saya ambil dari BabyCenter, 10 tanda kehamilan:

10) Tidak suka pada makanan
Di awal kehamilan, satu kebiasaan jika anda berasa tidak selesa dengan bau atau aroma sesetengah makanan. Sebabnya tidak diketahui, tetapi ia mungkin kesan daripada peningkatan hormon estrogen dalam badan. Kadang-kadang bau makanan yang sebelum ini menjadi kegemaran anda juga boleh menjadikan anda tidak selesa.

9) Emosi tidak stabil
Ketidakstabilan emosi (mood swing) juga biasa berlaku, disebabkan oleh perubahan hormon yang memberi kesan kepada paras neurotransmitter (chemical messenger dalam otak). Setiap orang melalui pengalaman berbeza, ada yang mengalami peningkatan emosi sama ada baik atau sebaliknya. Ada yang berasa tertekan atau gelisah.

8) Kembung perut
Perubahan hormon juga boleh menyebabkan anda mengalami perut kembung sebagaimana yang dialami sebelum datang haid.

7) Buang air kecil lebih kerap
Perubahan hormon menyebabkan peningkatan kadar aliran darah melalui buah pinggang. Ini menyebabkan pundi kencing lebih cepat penuh dan anda terasa ingin membuang air kecil dengan lebih kerap berbanding sebelumnya. Ini akan berterusan dan mungkin lebih lagi apabila usia kandungan semakin meningkat disebabkan oleh peningkatan kadar aliran darah dan juga tekanan bayi ke atas pundi kencing.

6) Keletihan
Terasa penat atau sering mengantuk? Itu adalah salah satu tanda awal anda hamil. Ini mungkin disebabkan oleh peningkatan mendadak hormon progesteron. Mual (morning sickness) dan kerap buang air kecil juga boleh menyumbang kepada keletihan yang anda alami.

Anda akan lebih bertenaga apabila kandungan memasuki trimester kedua. Bagaimanapun, apabila memasuki trimester ketiga keletihan itu mungkin akan kembali disebabkan keadaan fizikal dan berat badan yang semakin meningkat.

5) Buah dada membengkak
Di awal kehamilan, buah dada mungkin akan menjadi lebih sensitif dan terasa sakit disebabkan oleh perubahan hormon. Keadaannya sama seperti sebelum anda datang haid, jika anda pernah mengalaminya. Walaubagaimanapun, keadaan ini akan beransur hilang selepas trimester pertama apabila tubuh anda sudah menyesuaikan diri dengan perubahan hormon tersebut.

4) Mual
Berbeza bagi setiap individu, ada yang mula mengalaminya seawal seminggu atau 2 minggu kehamilan dan ia tidak hanya berlaku pada waktu pagi walaupun dinamakan 'morning sickness'. Biasanya ia akan hilang apabila memasuki trimester kedua, tetapi ada juga yang mengambil masa lebih lama. Ada juga yang langsung tidak mengalaminya.

3) Kelewatan haid
Jika kitaran haid anda biasanya teratur dan tidak datang pada tarikh sepatutnya, anda boleh melakukan ujian kehamilan sebelum anda mengesan tanda-tanda di atas. Jika kitaran haid anda tidak teratur atau anda tidak pasti tentangnya, rasa mual dan ketidakselesaan pada buah dada serta kekerapan membuang air kecil boleh memberi anda petunjuk sebelum anda menyedari haid anda tidak datang.

2) Peningkatan suhu badan
Jika anda biasa mencatat suhu badan, peningkatan suhu badan selama 18 hari berturut-turut juga mungkin menjadi petanda awal anda hamil.

Dan akhir sekali.....

1) Bukti - Ujian kehamilan positif
Sesetengah alat ujian kehamilan kurang sensitif dan tidak dapat mengesan kehamilan sehingga seminggu selepas haid anda tidak datang. Jadi, jika anda melakukan ujian tersebut lebih awal dan mendapat keputusan negatif, anda boleh mencuba lagi beberapa hari kemudian.

Ingat, kandungan anda berkembang sebelum anda mengetahui anda hamil. Jadi, jaga pemakanan dan kesihatan anda sementara anda menanti keputusan sama ada anda hamil atau tidak.

Dan sebaik sahaja anda mengetahui anda hamil, segera berjumpa pakar perubatan atau doktor. Good luck and have fun!

Artikel berkaitan:

Tuesday, July 9, 2013

Sihat dan Aktif Ketika Hamil

set hamil vitamin supplemen pregnancy

Anda hamil? Eh sama la kita. Saya sekarang hamil anak pertama, hampir 5 bulan. Alhamdulillah syukur dengan rezeki Allah. Saya rasa perasaan teruja, terharu dan takut tu adalah biasa bagi semua wanita yang pertama kali hamil. Mula-mula saya tau saya hamil, saya sangat teruja dan pada yang sama saya takut sebab kurang ilmu tentang kehamilan. Saya banyak bertanya mereka yang berpengalaman termasuk kakak ipar saya. 

Selain berkongsi tips dan pengalaman, beliau turut mencadangkan saya mengambil vitamin untuk memenuhi keperluan nutrisi saya dan bayi dalam kandungan. Kakak ipar saya juga sedang hamil, anak ketiga. Anak-anaknya comel, sihat walafiat dan sangat cerdik, alhamdulillah. Memang sebelum berkahwin lagi saya amat mengagumi kakak ipar saya dan anak-anaknya. Sebab itulah saya tidak teragak-agak untuk mengorek ilmu daripadanya dan bila dia mencadangkan supplemen Shaklee, saya langsung tidak ada rasa was-was sebab saya juga pernah mengambil produk penjagaan kulit Shaklee sebelum berkahwin dan memang terbukti keberkesanannya. Saya terus dapatkan produk yang dicadangkan dan mengamalkannya sejak dari peringkat awal kehamilan (masa tu saya belum jadi Shaklee Independent Distributor lagi).

Kali ini saya tergerak hati untuk berkongsi kebaikan yang dinikmati oleh saya, kakak ipar saya dan ramai lagi wanita di luar sana. Set hamil yang saya amalkan merangkumi produk berikut:

sihat aktif pregnancy vitamin supplemen

Alhamdulillah sepanjang kehamilan saya tidak mengalami alahan atau masalah lain yang teruk. Saya juga tidak rasa penat, malah aktif melakukan aktiviti lasak seperti jungle trekking, canopy walkway, rapid boat dan lain-lain ketika mengunjungi Taman Negara, Pahang. Masa tu ramai yang risaukan saya, mereka asyik bertanya "Ok ke?" "Tak penat ke?" "Tak sakit pinggang ke?" dan macam-macam lagi soalan. Mereka yang bertanya adalah mereka yang bergelar ibu, yang berpengalaman.

Selepas scan, kelihatan baby berpusing-pusing. Aktif kata doktor dan tiada masalah. Terharu sangat dan sangat kagum dengan kebesaran Allah. Subhanallah. Dan alhamdulillah, sekali lagi segala pujian hanya bagi Allah yang mempermudahkan segalanya bagi saya. Tidak akan berlaku sesuatu tanpa izin-Nya.

Dan lagi satu, saya tidak ada masalah berpuasa. Beberapa minggu sebelum Ramadhan saya agak risau sebab belum selesai ganti puasa, risau mampu ke tunaikan tapi alhamdulillah saya berpuasa tanpa sebarang masalah malah terasa lebih segar dan bertenaga. Tidak rasa lapar seperti biasa ketika berpuasa.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan. Harga boleh dirunding. Semoga kita dapat sama-sama menikmati saat indah ini.
SMS/What's App: 013-3502624
FB: Be BOLD
Artikel berkaitan:

Asid Folik dan Kehamilan

APA ITU ASID FOLIK?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B yang wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
pregnancy folate kehamilan

KENAPA PERLU ASID FOLIK?

Asid folik (juga dikenali sebagai folate atau vitamin B9) sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting untuk membina DNA baru dan memperbaiki DNA yang telah rosak. Oleh kerana itulah folate sangat diperlukan oleh bayi dalam kandungan, untuk membina sel-sel baru yang sangat banyak. Kekurangan pengambilan folate oleh si ibu boleh menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan.
pembentukan sel neural tube formation

BERAPA JUMLAH ASID FOLIK YANG DIPERLUKAN?

Dos bagi wanita biasa adalah 400 microgram (mcg), begitu juga bagi wanita yang merancang untuk hamil. Bagi wanita hamil, dosnya adalah 600-800 mcg (0.6-0.8mg) sehari.


Bagaimanapun, dos boleh ditingkatkan berdasarkan kepada penilaian doktor yang merawat terutama jika wanita itu mempunyai risiko yang tinggi seperti:

  •   mengalami kecacatan pada bayi pada kehamilan yang lepas
  •   suami atau wanita itu sendiri mengalami masalah NTD
  •   wanita itu mengambil ubat sawan (epilepsy)
  •   wanita itu mempunyai penyakit coeliac disease, diabetes, sickle cell anemia, atau thalassaemia 



APA AKAN BERLAKU JIKA KEKURANGAN ASID FOLIK?

Pada tahun 1960 pakar-pakar perubatan mula mendapat bukti dalam kajian mereka bahawa kekurangan asid folik dalam tubuh wanita hamil boleh dikaitkan dengan dengan penyakit akibat kekurangan asid folik pada bayi mereka. Oleh itu supplemen asid folik harus diberikan sebaik sahaja wanita disahkan hamil. 

Beberapa kajian menunjukkan supplemen asid folik akan mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan kecacatan saraf seperti spina bifida dan neural tube defect (NTD)Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 



asid folik folate kehamilan pregnancy spina bifida


Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan asid folik semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat anak yang mempunyai masalah bibir dan lelangit bercelah (cleft lip and palate), kecacatan jantung (congenital heart disease) dan risiko lahir pramatang.
kekurangan asid folik folate cleft lip palate bibir lelangit terbelah
Cleft lip
Kekurangan asid folik ketika hamil juga boleh menyebabkan perkembangan fizikal bayi terencat dan menyebabkan peningkatan kandungan homocystein dalam darah yang akan menyebabkan keguguran secara tiba-tiba atau kehamilan yang mempunyai komplikasi seperti pendarahan yang disebabkan oleh placental abruption atau sawan ketika hamil (pre aclampsia).


KENAPA PERLU DIAMBIL SEJAK MULA DISAHKAN HAMIL?


Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, pengambilan asid folik boleh dihentikan. Namun pengambilan berterusan sepanjang kehamilan tidak akan menjejaskan si ibu mahupun bayi dalam kandungan.


Shaklee asid folik kehamilan pregnancy
Lengkap dengan folate
Artikel berkaitan:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...