Monday, July 1, 2013

Pelbagai kebaikan GLA Complex

Apa itu GLA? Kalau sebut EPO (Evening Primrose Oil) mesti ramai yang tau kan? Memang tak dinafikan EPO yang banyak dijual di pasaran sekarang banyak khasiatnya, terutama untuk kestabilan hormon dan kesihatan kulit. Saya sendiri pernah mencuba dan melihat hasilnya sebelum saya mengenali Shaklee. Tetapi Shaklee menawarkan sesuatu yang lebih baik. Baik macam mana? Mari kita baca sedikit fakta di bawah.
EPO GLA Shaklee
Evening Primrose Oil (EPO)
Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mendapat tahu bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia. 

Biasanya GLA digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa datang haidsakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putus haid (menopause).

Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan. Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linoleic acid kepada GLA. Jadi, Shaklee memudahkan anda. Shaklee telah pun mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan.


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

GLA digunakan oleh ramai wanita untuk melancarkan kitaran haid setiap bulan. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E asli yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

GLA juga merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin. Prostaglandin tu apa??
Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan yang penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah.

Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual (kitaran haid), menopause syndrome, darah tinggi dan kencing manis. Kandungan vitamin E yang asli dalam GLA Complex ini juga mampu menangani masalah kulit kepala/telinga berkerak, berkuping dan bersisik.

Adakah GLA hanya untuk wanita? Sudah tentu TIDAK! Lelaki juga boleh mengambil GLA.

Mari kita lihat antara khasiat GLA:
  •   Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  •   Meningkatkan kesuburan.
  •   Melegakan PMS (Pre-Menstrual Syndrome) dan senggugut.
  •   Membantu dalam menangani menopause.
  •   Menguatkan kuku dan rambut.
  •   Mengatasi masalah jerawat dan menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri.
  •   Membantu menangani eczema, alergi, kegatalan dan kulit kering.
  •   Melegakan simptom akibat Rheumatoid Arhtritis (sejenis penyakit sendi).
  •   Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  •   Antioksidan yang membantu menguatkan immuniti badan, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  •   Memperbaiki bintik penuaan dan memperlahankn proses penuaan.
  •   Mengurangkan “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  •   Mengawal komplikasi kencing manis.
  •   Mengawal kolesterol.
  •   Membantu memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  •   Untuk kesihatan saraf.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...