Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B yang wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
KENAPA PERLU ASID FOLIK?
Asid folik (juga dikenali sebagai folate atau vitamin B9) sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting untuk membina DNA baru dan memperbaiki DNA yang telah rosak. Oleh kerana itulah folate sangat diperlukan oleh bayi dalam kandungan, untuk membina sel-sel baru yang sangat banyak. Kekurangan pengambilan folate oleh si ibu boleh menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan.

BERAPA JUMLAH ASID FOLIK YANG DIPERLUKAN?
Dos bagi wanita biasa adalah 400 microgram (mcg), begitu juga bagi wanita yang merancang untuk hamil. Bagi wanita hamil, dosnya adalah 600-800 mcg (0.6-0.8mg) sehari.
Bagaimanapun, dos boleh ditingkatkan berdasarkan kepada penilaian doktor yang merawat terutama jika wanita itu mempunyai risiko yang tinggi seperti:
- mengalami kecacatan pada bayi pada kehamilan yang lepas
- suami atau wanita itu sendiri mengalami masalah NTD
- wanita itu mengambil ubat sawan (epilepsy)
- wanita itu mempunyai penyakit coeliac disease, diabetes, sickle cell anemia, atau thalassaemia
APA AKAN BERLAKU JIKA KEKURANGAN ASID FOLIK?
Pada tahun 1960 pakar-pakar perubatan mula mendapat bukti dalam kajian mereka bahawa kekurangan asid folik dalam tubuh wanita hamil boleh dikaitkan dengan dengan penyakit akibat kekurangan asid folik pada bayi mereka. Oleh itu supplemen asid folik harus diberikan sebaik sahaja wanita disahkan hamil.
Beberapa kajian menunjukkan supplemen asid folik akan mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan kecacatan saraf seperti spina bifida dan neural tube defect (NTD). Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Cleft lip |
KENAPA PERLU DIAMBIL SEJAK MULA DISAHKAN HAMIL?
Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, pengambilan asid folik boleh dihentikan. Namun pengambilan berterusan sepanjang kehamilan tidak akan menjejaskan si ibu mahupun bayi dalam kandungan.
![]() |
Lengkap dengan folate |
Artikel berkaitan: