Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Sihat dan Aktif Ketika Hamil

set hamil vitamin supplemen pregnancy

Anda hamil? Eh sama la kita. Saya sekarang hamil anak pertama, hampir 5 bulan. Alhamdulillah syukur dengan rezeki Allah. Saya rasa perasaan teruja, terharu dan takut tu adalah biasa bagi semua wanita yang pertama kali hamil. Mula-mula saya tau saya hamil, saya sangat teruja dan pada yang sama saya takut sebab kurang ilmu tentang kehamilan. Saya banyak bertanya mereka yang berpengalaman termasuk kakak ipar saya. 

Selain berkongsi tips dan pengalaman, beliau turut mencadangkan saya mengambil vitamin untuk memenuhi keperluan nutrisi saya dan bayi dalam kandungan. Kakak ipar saya juga sedang hamil, anak ketiga. Anak-anaknya comel, sihat walafiat dan sangat cerdik, alhamdulillah. Memang sebelum berkahwin lagi saya amat mengagumi kakak ipar saya dan anak-anaknya. Sebab itulah saya tidak teragak-agak untuk mengorek ilmu daripadanya dan bila dia mencadangkan supplemen Shaklee, saya langsung tidak ada rasa was-was sebab saya juga pernah mengambil produk penjagaan kulit Shaklee sebelum berkahwin dan memang terbukti keberkesanannya. Saya terus dapatkan produk yang dicadangkan dan mengamalkannya sejak dari peringkat awal kehamilan (masa tu saya belum jadi Shaklee Independent Distributor lagi).

Kali ini saya tergerak hati untuk berkongsi kebaikan yang dinikmati oleh saya, kakak ipar saya dan ramai lagi wanita di luar sana. Set hamil yang saya amalkan merangkumi produk berikut:

sihat aktif pregnancy vitamin supplemen

Alhamdulillah sepanjang kehamilan saya tidak mengalami alahan atau masalah lain yang teruk. Saya juga tidak rasa penat, malah aktif melakukan aktiviti lasak seperti jungle trekking, canopy walkway, rapid boat dan lain-lain ketika mengunjungi Taman Negara, Pahang. Masa tu ramai yang risaukan saya, mereka asyik bertanya "Ok ke?" "Tak penat ke?" "Tak sakit pinggang ke?" dan macam-macam lagi soalan. Mereka yang bertanya adalah mereka yang bergelar ibu, yang berpengalaman.

Selepas scan, kelihatan baby berpusing-pusing. Aktif kata doktor dan tiada masalah. Terharu sangat dan sangat kagum dengan kebesaran Allah. Subhanallah. Dan alhamdulillah, sekali lagi segala pujian hanya bagi Allah yang mempermudahkan segalanya bagi saya. Tidak akan berlaku sesuatu tanpa izin-Nya.

Dan lagi satu, saya tidak ada masalah berpuasa. Beberapa minggu sebelum Ramadhan saya agak risau sebab belum selesai ganti puasa, risau mampu ke tunaikan tapi alhamdulillah saya berpuasa tanpa sebarang masalah malah terasa lebih segar dan bertenaga. Tidak rasa lapar seperti biasa ketika berpuasa.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan. Harga boleh dirunding. Semoga kita dapat sama-sama menikmati saat indah ini.
SMS/What's App: 013-3502624
FB: Be BOLD
Artikel berkaitan:

Thursday, June 20, 2013

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Pengasingan protein yang pertama dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Kini, banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul!
soya pembekal tenaga kulit awet muda kesihatan jantung

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik yang diiktiraf di seluruh dunia dengan kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi. Kacang soya yang digunakan hanya mengandungi  bukan-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. 

Tahukah anda, setiap 850g (1 tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya untuk memberikan sumber tenaga segera dan kekal lama!

KEBAIKAN ESP SHAKLEE

  •   satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia
  •   diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  •   kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah, iaitu 39 - sesuai juga untuk pengidap kencing manis 
  •   rendah lemak, bebas laktosa dan kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia
  •   sesuai untuk semua peringkat umur
  •   1 hidangan ESP = 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu


MANFAAT UTAMA
  •   Mengekalkan keremajaan kulit
Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dan lain-lain. Pengambilan ESP yang kaya dengan asid amino merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mengembalikan kesekataan kulit dan kepejalan otot. Juga mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.


  •   Mengawal kolesterol dan mencegah osteoporosis dan sakit jantung
Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya sama dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung

  •   Mencegah kanser dan memulihkan uterus, ovari, menopaus dan prostat
Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti mampu mengekang pertumbuhan dan penularan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat

  •   Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun
Membekal tenaga dengan segera dan kekal lama. Ia juga meningkatkan sistem imun serta mampu mencegah migrain, insomnia dan tekanan

  •   Memperbaiki masalah kulit dan rambut
Memperbaiki masalah kulit seperti pigmentasi dan kedutan. Juga memperbaiki masalah rambut seperti beruban dan keguguran

  •   Memperbaiki memori
Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

Glycaemic Index (GI)
GI menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah.
Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai GI yang tinggi; karbohidrat dengan GI yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan kita untuk membekalkan tenaga berpanjangan.
Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amat penting dalam pengurusan berat badan ideal dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...